Pusat Pengajian Al Quran, Fardhu Ain dan Asasi Islam bagi anak-anak yang berumur seawal 6 tahun hingga 14 tahun yang menyediakan program Bacaan Al Quran dan Iqra’, Hafalan serta Subjek Asasi Islam dengan memberi fokus kepada pembelajaran 7-9 orang setiap kelas mengikut jadual anjal di 7 cawangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Operasi Akademi Al Manar berkonsepkan tanggungjawab di mana yuran dikenakan bagi tujuan pemantapan operasi. Objektif utama adalah supaya anak-anak dapat menghayati ajaran Islam dan hubungan di antara ibu bapa dengan Akademi Al Manar dapat diwujudkan.
Akademi Al Manar diuruskan melalui sistem pengurusan dengan kawalan operasi yang terancang dan cekap di samping sistem rekod prestasi, laporan semasa, ujian dan peperiksaan. Usaha menilai keberkesanan melalui sistem penilaian amali dan musyfahah juga turut dijalankan dari semasa ke semasa.
Semua anak-anak yang berumur seawal 6 hingga 14 tahun boleh mendaftar di Akademi Al Manar. Pelajar yang baru mendaftar perlu mengikuti kelas tahap pertama kemudian kenaikan tahap akan dilakukan secara tahunan berdasarkan pencapaian pengetahuan pengajian agama Islam dan bacaan Al Quran oleh pelajar tersebut
Subjek yang diajar adalah berbeza mengikut tahap 1 hingga 6. Antara subjek yang diajar adalah Bahasa Arab, Jawi, Mari Bersolat, Fardhu Ain, Tauhid, Adaabuna, Feqah, Akhlak, Tajwid, Ulum Al Quran, Sirah, Hayatus Sohabah, Hadith, Tafsir Al Quran dan Tasawwur Islam.
Terbuka kepada anak-anak berumur 6 tahun - 14 tahun
Sepanjang tahun bergantung kepada kekosongan sesi kerana terhad kepada 7 - 9 orang sekelas sahaja.
Yuran yang berpatutuan dikenakan bagi tujuan pemantapan operasi. Rujuk cawangan bagi kadar yuran setiap pelajar. Potongan yuran bagi pelajar yang mendaftar lebih dari 2 orang adik beradik.
Pelajar yang tidak berkemampuan boleh memohon pengurangan yuran dengan terma dan syarat ditetapkan.
Pengajian untuk anak yatim/asnaf dibiayai sepenuhnya.