Tahukah Anda

APAKAH AL MANAR INTELEK GROUP

Pusat Pengajian Al Quran, Fardhu Ain dan Asasi Islam bagi anak-anak yang berumur seawal 6 tahun hingga 14 tahun yang menyediakan program Bacaan Al Quran dan Iqra’, Hafalan serta Subjek Asasi Islam dengan memberi fokus kepada pembelajaran 7-9 orang setiap kelas mengikut jadual anjal di 7 cawangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

APAKAH KONSEP BAGI AKADEMI AL MANAR

Operasi Akademi Al Manar berkonsepkan tanggungjawab di mana yuran dikenakan bagi tujuan pemantapan operasi. Objektif utama adalah supaya anak-anak dapat menghayati ajaran Islam dan hubungan di antara ibu bapa dengan Akademi Al Manar dapat diwujudkan.

BAGAIMANAKAH AKADEMI AL MANAR BEROPERASI

Akademi Al Manar diuruskan melalui sistem pengurusan dengan kawalan operasi yang terancang dan cekap di samping sistem rekod prestasi, laporan semasa, ujian dan peperiksaan. Usaha menilai keberkesanan melalui sistem penilaian amali dan musyfahah juga turut dijalankan dari semasa ke semasa.

SIAPA YANG BOLEH MENYERTAI PROGRAM PEMBELAJARAN DI AL MANAR?

Semua anak-anak yang berumur seawal 6 hingga 14 tahun boleh mendaftar di Akademi Al Manar. Pelajar yang baru mendaftar perlu mengikuti kelas tahap pertama kemudian kenaikan tahap akan dilakukan secara tahunan berdasarkan pencapaian pengetahuan pengajian agama Islam dan bacaan Al Quran oleh pelajar tersebut

APAKAH PROGRAM YANG DISEDIAKAN?

  • Pengajian Iqra’ dan Al Quran
  • Subjek Asasi Islam
  • Hafalan Al Quran dan Doa.

BAGAIMANAKAH SISTEM PEMBELAJARAN AKADEMI AL MANAR?

  • 3 kali seminggu
  • 2 jam setiap sesi
  • 7 orang sekelas

Bagaimanakah pilihan sesi yang ditawarkan?
Apakah subjek yang diajar di Akademi Al Manar?

Subjek yang diajar adalah berbeza mengikut tahap 1 hingga 6. Antara subjek yang diajar adalah Bahasa Arab, Jawi, Mari Bersolat, Fardhu Ain, Tauhid, Adaabuna, Feqah, Akhlak, Tajwid, Ulum Al Quran, Sirah, Hayatus Sohabah, Hadith, Tafsir Al Quran dan Tasawwur Islam.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENDAFTAR?

Terbuka kepada anak-anak berumur 6 tahun - 14 tahun

BILAKAH PENDAFTARAN DIBUKA?

Sepanjang tahun bergantung kepada kekosongan sesi kerana terhad kepada 7 - 9 orang sekelas sahaja.

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR?
BERAPAKAH YURAN YANG AKAN DIKENAKAN?

Yuran yang berpatutuan dikenakan bagi tujuan pemantapan operasi. Rujuk cawangan bagi kadar yuran setiap pelajar. Potongan yuran bagi pelajar yang mendaftar lebih dari 2 orang adik beradik.

BAGAIMANA JIKA TIDAK BERKEMAMPUAN?

Pelajar yang tidak berkemampuan boleh memohon pengurangan yuran dengan terma dan syarat ditetapkan.

BAGAIMANA JIKA ANAK YATIM/ASNAF INGIN MENYERTAI AKADEMI AL MANAR?

Pengajian untuk anak yatim/asnaf dibiayai sepenuhnya.

© 2023 Akademi Al Manar – All Rights Reserved