AL MANAR INTELEK GROUP SDN. BHD.

Tanggal Julai 2011, Al Manar Intelek Group Sdn Bhd (AIG) telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dan secara rasminya mula beroperasi. Ia adalah sebuah syarikat yang diasaskan bagi tujuan mentadbir cawangan-cawangan Akademi Al Manar yang beroperasi di sekitar Lembah Klang dan Shah Alam yang semakin bertambah. Bertindak sebagai Ibupejabat kepada Akademi Al Manar, AIG yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur telah membantu dalam melancarkan pengoperasian setiap cawangan Akademi Al Manar serta menyusun penambaikan yang dilaksanakan serta mempromosikan produk Akademi Al  Manar kepada khalayak ramai. 

KENALI AKADEMI AL MANAR

Akademi Al Manar adalah  sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan bagi melahirkan generasi yang celik Al Quran dan ilmu ukhrawi. Akademi Al Manar dilengkapi dengan kemudahan asas untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lengkap sambil disokong oleh barisan tenaga pengajar yang berpengalaman dan komited. Berilhamkan sebuah Pusat Pengajian Al Quran, Fardhu Ain dan subjek Asasi Islam bagi anak-anak yang berumur seawal 6 tahun hingga 14 tahun dengan memberi fokus kepada pembelajaran seramai 7 orang setiap kelas dengan yuran yang berpatutan untuk tujuan pemantapan operasi serta kelas pembelajaran mengikut jadual yang anjal di 7 cawangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Akademi Al Manar diuruskan dengan kaedah sistem pengurusan kawalan operasi yang terancang dan cekap di samping sistem rekod prestasi, laporan semasa, ujian dan peperiksaan yang sistematik dan kualiti pembelajaran dipantau ketat dari semasa ke semasa. Selain menduduki Peperiksaan Akhir Tahun, pelajar juga akan dinilai setiap dua bulan dalam Penilaian Dwi Bulanan yang akan dijalankan serta turut juga menduduki Ujian Amali Solat/Ibadah. Pelajar yang lulus dalam peperiksaan akan diberikan sijil pada akhir tahun pengajian. Selain itu, Sijil Khatam Al Quran juga akan diberikan kepada pelajar yang berjaya menamatkan bacaan Al Quran 30 Juzuk.

Sejarah Penubuhan

SEJARAH PENUBUHAN

SEJARAH PENUBUHAN

CEKAL

Satu perkataan yang menjadi motivasi penting sepanjang sejarah penubuhan Akademi Al Manar, hanya untuk melihat anak bangsa mengenal dan mampu membaca Al Quran. Pelbagai cabaran telah ditempuhi oleh pengasas Akademi Al Manar iaitu Ustaz Yaakob Wan Harun sejak tahun 1994 lagi. Mungkin ramai yang tidak tahu pada awal penubuhan pada tahun 1994, Akademi Al Manar lebih dikenali dengan nama Markaz Al Manar. Setelah masa berlalu dan dengan pembaharuan yang telah dilakukan, ianya telah ditukar kepada Akademi Al Manar. Bermula dari sebuah rumah yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur dengan jumlah pelajar yang tidak ramai, namun berbekalkan sokongan daripada penduduk setempat, Alhamdulillah jumlah pelajar semakin bertambah saban hari dan lebih mengejutkan lagi pada ketika itu, ramai ibu bapa yang tinggal berjauhan sanggup menghantar anak-anak mereka ke Akademi Al Manar.  Kini Akademi Al Manar telah berkembang dengan berkat ilahi di beberapa cawangan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan telah melahirkan ribuan anak Malaysia yang mampu membaca Al Quran dan mengenali asas-asas Islam.

© 2023 Akademi Al Manar – All Rights Reserved