uy jpg

Kata- Kata Pengasas

Penubuhan Akademi Al Manar adalah berasaskan Al Quran yang kini telah melahirkan lebih 20,000 generasi qurani telah menamatkan 30 juzuk Al Quran. Akademi Al Manar dikembangkan kepada beberapa sektor yang diharapkan menjadi infaq kepada pembangunan ummah. Seterusnya menjana ekonomi umat Islam yang mampu menjadi tauladan untuk diperkasakan bagi memperlihatkan kecantikan Islam yang sepatutnya menjadi pegangan semua.

En. Yaakob Wan Harun  -Pengasas Akademi Al Manar

Kata- Kata Pengarah Urusan

"Al Quran sentiasa menjadi tunjang utama dalam membina tamadun masyarakat yang sejahtera dengan menerapkan kefahaman serta praktikal yang betul. Ianya juga memberikan kefahaman asasi Islam yang mencukupi untuk mereka sentiasa hidup di dalam kepompong syariah Islam terutamanya kepada semua anak bangsa di Malaysia mahupun di mana-mana. Akademi Al Manar menyasarkan peningkatan jumlah cawangan di seluruh Malaysia menjelang tahun 2030 agar mampu memberi khidmat kepada masyarakat di dalam mempelajari Al Quran dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang menjadi keutamaan kami di Akademi Al Manar"

En. Aiman Yusof bin Yaakob -Pengarah Urusan

Kata-Kata Ketua Pengawai Operasi

Akademi Al Manar sesuai dengan maksud nama Al Manar yang bererti (cahaya) diharap dapat menjadi sinar dalam memandu masyarakat mengenali dan mencintai Al Quran dan asas ilmu Islam. Akademi Al Manar komited dalam merangka sistem yg mesra pengguna serta berkesan bagi menjadi medium penyampai ilmu kepada pelbagai lapisan masyarakat.. Insyallah

Pn. Maryam Raihanah  -Ketua Pengawai Sumber Manusia

PENGASAS

Ustaz Yaakob bin Wan Harun

Ustaz Yaakob Wan Harun dilahirkan pada 1963 di Tumpat, Kelantan merupakan seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang Usuludin serta dalam bidang Pengurusan Halal. Beliau pada mulanya berkhidmat sebagai seorang tenaga pengajar di Sekolah Rendah Islam Al Amin di Gombak sebelum meletakkan jawatan dan menubuhkan Akademi Al Manar pada tahun 1994 di Taman Melawati. Kemudian beliau menubuhkan Maahad Tahfiz Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar dan menjadi Mudirnya di Pasir Puteh, Kelantan. Selain daripada itu, beliau juga telah menubuhkan beberapa syarikat iaitu Wadi Toyyibat International Sdn Bhd yang mengkhususkan perundingan Halal bagi permohonan Sijil Halal Malaysia dan juga 7 Sanaabil International Sdn Bhd. Ustaz Yaakob Wan Harun pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al Quran Malaysia (PERMATA), Naib Pengerusi Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia (GaPIM) dan juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Cawangan Taman Melawati. Beliau telah mendapat pendidikan di Pondok Bukit Besar, Kedah sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda dalam bidang Usuludin-Hadis di Universiti Al Azhar, Mesir dan juga di peringkat sarjana dalam bidang Sistem Halal Malaysia di Universiti Fatoni, Thailand.

PENGARAH URUSAN

Encik Aiman Yusof bin Yaakob

Encik Aiman Yusof bin Yaakob telah dilahirkan pada tahun 1994 di Kelantan merupakan anak ke-4 dalam keluarga beliau. Beliau berkepakaran dalam bidang Usul-Fiqh dan penah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Media dan Pemasaran di 7 Sanaabil International Sdn Bhd. Beliau merupakan salah seorang Ahli Lembaga bagi Al Manar Intelek Group Sdn Bhd dan di Maahad Tahfiz Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar di mana beliau juga adalahsalah seorang dari ahli alumninya. Encik Aiman Yusof telah mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Islam Al Amin Gombak sebelum melanjut pelajaran di Maahad Tahfiz Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar di Kelantan. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dalam bidang Usul-Fiqh.​

KETUA PEGAWAI SUMBER MANUSIA

Puan Maryam Raihanah bt Yaakob

Puan Maryam Raihanah bt Yaakob telah dilahirkan di Kaherah, Mesir pada tahun 1992 merupakan anak yang ke-3 dalam keluarga beliau. Beliau berpengalaman dalam bidang pentadbiran perniagaan dan pernah memegang jawatan sebagai Mudirah di Maahad Tahfiz Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar di Kelantan. Beliau telah mendapatkan pendidikan awal Sekolah Rendah Islam Al Amin, Gombak sebelum melanjutkan pelajaran di Maahad Tahfiz Al Quran dan Bahasa Arab Al Manar. Beliau kemudian menyambung pelajaran ke Darul Quran JAKIM sebelum melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Pengurusan Perniagaan.​

Kumpulan Pengurusan

Kumpulan Penggerak

Penyelia Zon

Penolong Penyelia

© 2023 Akademi Al Manar – All Rights Reserved